top of page

Contact

Proses Pembuatan

Pada mulanya, tukang gasing membulat gasing hanya dengan menggunakan kayu bulat sahaja. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih. Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar, tua, keras dan liat. Tukang Gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui dikebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain. Peralatan ini seperti pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarik, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, player, gunting, pahat, andas, kapak, mesin pelarik, acuan, gergaji dan lain-lain lagi.Sebelum memulakan kerja-kerja membakal dan melarik, tukang gasing perlu memilih kayu. Kayu yang akan dijadikan gasing mestilah daripada jenis kayu keras, liat, dan kuat.

MEMBENTUK GASING

bottom of page