top of page

1ASAL USUL GASING

Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.. permainan gasing telah pun bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular.

 

‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan “kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan 'pusing’. Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. 

 

Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya di kira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama kelamaan, timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat. Daripada istilah ini ikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah, permaianan gasing berasal daripada permainan Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper.

2PEMAIN-PEMAIN


Para pemain dalam permainan Gasing umumnya dari jenis lelaki iaitu kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Jumlah pemain minima dua orang bahkan boleh dimainkan secara beregu. Sistem beregu biasa disebut “seraje” dan apabila hanya terdiri dari dua orang saja disebut “ganti alu”.

Gasing dibuat dari jenis kayu yang berkualiti baik. Kayu tersebut dibentuk agak bulat dengan garis tengah yang bervariasi. Kemudian bahagian bawah agak berbucu serta bahagian atas gasing dibentuk dan diberi sedikit keluar untuk melilitkan tali. Tali ini dibuat dari kulit kayu yang dipintal seperti kulit kayu waru dan tamberan yang tidak mudah putus dengan panjang kurang lebih 2.5 meter. 

 

3PERALATAN DAN 

KELENGKAPAN PERMAINAN

 

ASAL USUL PERMAINAN GASING

Sejarah

BUAH BEREMBANG

bottom of page